TREVO Shield: Semua Yang Anda Perlu Tahu

Mencari maklumat lanjut tentang Perlindungan LEBIH untuk Hos TREVO?
Kami bersedia membantu!

1. Bagaimanakah TREVO Shield berfungsi?

TREVO Shield merupakan Polisi Insurans pertama khas untuk Hos perkongsian-kereta (kecuali Hos Komersial) di Malaysia. Bersama dengan penginsurans premium kami, Allianz, kami telah melancarkan polisi insuran yang melindungi kereta yang anda kongsi dengan lebih lagi melalui perlindungan insuran yang inovatif.     


Dalam kejadian jarang berlaku yang mana penyewa (Guest) secara tidak sengaja menyebabkan kecederaan dan kerosakan terhadap pemandu lain serta kereta mereka semasa penyewa memandu kereta anda, TREVO Shield akan melindungi kereta anda daripada kerosakan sendiri, dan kebakaran & kecurian. TREVO Shield juga memberikan anda perlindungan LEBIH dalam kes kemalangan memandu jarang berlaku akibat penyewa (Guest) — terhadap badan, cat, dan bampar kereta anda.*


Ciri LEBIH Selamat TREVO Shield yang lain termasuklah:

  • Pelepasan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD)**
  • Pelepasan Lebihan Wajib
  • Penundaan dan Bantuan Tepi Jalan

*Hanya ditawarkan dalam Pelan Shield 65 dan Pelan Shield 60

**Hanya ditawarkan dalam Pelan Shield 60

2. Adakah saya masih memerlukan polisi insurans motor jika saya sudah melanggan TREVO Shield? 

Ya. Adalah wajib untuk melanggan TREVO Shield bagi perlindungan motor yang dilanjutkan ke perkongsian kereta P2P, bersama dengan ciri LEBIH Selamat yang ditawarkan oleh TREVO. Anda perlu menjadi seorang pemegang polisi insurans motor persendirian Allianz Private. Pelan TREVO Shield merupakan ciri keselamatan tambahan yang menjadi pelengkap kepada polisi insurans motor persendirian Allianz Private anda. Untuk memahami dengan lebih baik bagaimana TREVO Shield berfungsi di samping polisi insurans motor persendirian anda, sila hubungi kami di sini.
 

3. Adakah TREVO Shield selamat dan sah untuk dilanggan?

Ya, ia ditajajamin oleh Allianz General Insurance Company (M) Berhad, TREVO Shield (dinamakan oleh TREVO) merupakan Insurans Peer-to-Peer Tambahan yang diiktiraf oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) serta Bank Negara Malaysia.

4. Pelan TREVO Shield manakah yang paling sesuai untuk saya?

Perlu diingatkan bahawa Pelan yang menawarkan pendapatan yang lebih tinggi (% Kadar Perjalanan) disyaratkan dengan liabiliti yang lebih tinggi setiap kali anda membuat Tuntutan Insurans, berserta dengan ciri LEBIH Selamat yang kurang

Pilih Pelan Nisbah Pendapatan kepada Perlindungan yang sesuai

Jika anda memilih Shield 60 atau Shield 65, anda akan menjana 60% atau 65% masing-masing daripada Kadar Perjalanan. Dengan itu, Pelan tersebut menawarkan ciri LEBIH Selamat, sebagai contoh bagi Shield 65, anda akan menerima LEBIH perlindungan untuk lekukan/kerosakan luaran dan Caj Lebihan yang lebih rendah sebanyak RM400. 

Manakala, Shield 60 membolehkan anda menjana 60% daripada Kadar Perjalanan. Pelan ini memberikan anda ciri LEBIH Selamat yang tidak ditawarkan dalam Pelan yang lain seperti Pelepasan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) dan Caj Lebihan SIFAR.

Setiap Pelan TREVO Shield dilengkapi dengan set ciri yang berbeza. Pilih Pelan yang paling selaras dengan matlamat pendapatan dan keperluan keselamatan anda sebagai Hos.

5. Apakah yang akan terjadi sekiranya kereta saya terlibat dalam kemalangan yang mana kereta saya diisuranskan melalui TREVO Shield?

Hos (kecuali Hos Komersial) akan dilindungi secara berkontrak daripada kerosakan fizikal (perlanggaran dan punca komprehensif yang lain), kebakaran & kecurian, sehingga nilai kenderaan yang diinsuranskan. Hubungi Perkhidmatan Pelanggan TREVO semasa berada di tempat kejadian.

TREVO akan bertanggungjawab dalam mengendalikan proses tuntutan insurans bagi pihak Hos, dengan bantuan munasabah daripada Hos dan tertakluk kepada pematuhan Hos terhadap terma dan syarat TREVO dan Insurans.

Bagi kerosakan selepas perjalanan dan yang berkaitan (insidental), TREVO sedia memberi bantuan/bekerja rapat dengan Anda, panel pemeriksa Penginsurans dan pihak polis dalam menjalankan pemeriksaan yang diperlukan.

6. Sekiranya berlaku kemalangan, bagaimanakah caranya untuk saya meneruskan tuntutan TREVO Shield?

Hos diwajibkan untuk menghantar laporan (Laporan Isu Tempahan/Booking Issue Report) bagi semua tuntutan melalui aplikasi TREVO

 

Bagi kerosakan KECIL, atas budi bicara pihak kami akan menanggung kos kerosakan secara terus kepada Hos:

  • yang disebabkan oleh Penyewa (Guest) semasa dalam Perjalanan
  • terhadap kos pembaikan yang mana tuntutan dihadkan kurang daripada RM1,500 seperti yang telah ditetapkan dalam Lampiran 2 Terma Perkhidmatan kami
  • yang mana pada pendapat tunggal TREVO, bukan merupakan haus dan lusuh biasa pada Kenderaan.

 

Bagi kerosakan BESAR:

Bagi sebarang insiden besar yang memerlukan perhatian segera, Hos boleh menghubungi Perkhidmatan Pelanggan TREVO melalui Livechat dalam aplikasi TREVO. 

 

Untuk kerosakan selepas perjalanan dan yang berkaitan (insidental), TREVO sedia memberi bantuan/bekerja rapat dengan panel pemeriksa Penginsurans dan pihak polis dalam menjalankan pemeriksaan yang diperlukan. Sekiranya kos kerosakan pada Kenderaan (seperti yang telah dipastikan oleh bengkel panel Penginsurans P2P) adalah lebih daripada RM1,499, anda bersetuju untuk membuat tuntutan daripada Penginsurans P2P untuk membaikpulih kerosakan tersebut atau menanggung kos membaikpulih sendiri. 

 

Sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan akibat daripada Perjalanan yang mana anda berhak untuk membuat tuntutan di bawah TREVO Shield, ianya dibenarkan oleh Allianz. Anda perlu membayar Caj Lebihan (berdasarkan Pelan Shield) kepada TREVO, dan Allianz, mengikut budi bicara mereka, akan membayar anda:

 

  • perbelanjaan sebenar atau munasabah yang ditanggung dalam membaikpulih Kenderaan; atau
  • nilai pasaran saksama Kenderaan anda, atau jumlah diinsuranskan dalam polisi yang berkenaan, mana yang lebih rendah,
  • ditentukan oleh penginsurans anda atas budi bicara masing-masing.

7. Mengapakah saya perlu membayar Caj Lebihan bagi Shield 65 dan Shield 75?

Caj Lebihan adalah bayaran kepada TREVO yang memudahcarakan pemfailan tuntutan Insurans anda.

 

Contohnya, bagi Shield 60, TREVO Shield menawarkan Caj Lebihan Sifar yang mana dalam Pelan lain sepatutnya ditanggung oleh anda, sekiranya kerosakan fizikal berlaku terhadap kereta anda semasa dalam perjalanan TREVO anda layak untuk mendapat pembayaran balik.

8. Jika saya memilih Shield 60 atau Shield 65, bagaimanakah pelan TREVO Shield tersebut memberikan perlindungan terhadap lekukan dan kerosakan luaran?

TREVO bertanggungjawab terhadap lekukan yang disebabkan oleh Penyewa (Guest) TREVO mengikut garis panduan di bawah:

 

  1. a) Cat dan badan kereta anda (tidak termasuk tayar, cermin sisi, cermin depan, tingkap, antena, dan mana-mana aksesori)
  2. i)          Lekukan: Kemik atau kontur pada panel tunggal berdiameter 2 inci atau lebih
  3. ii)         Calar: Panjang lebih daripada 3 inci garis lurus

 

  1. b) Bampar kereta anda

Calar atau lekukan pada bampar dan komponen yang dipasang, dengan syarat calar bersifat kosmetik dan tidak menjejaskan keselamatan dan fungsi kenderaan tersebut.

  1. i)          Lekukan: Kemik atau kontur pada panel tunggal berdiameter 2 inci atau lebih
  2. ii)         Calar: Panjang lebih daripada 3 inci garis lurus

Jumlah bayaran maksimum di bawah polisi Lekukan/Kerosakan Luaran Kecil adalah RM1,000 untuk setiap pembaharuan Insurans Motor Persendirian Asas (Base Private Motor Insurance) dengan Penginsurans P2P.

9.Saya telah memilih Shield 60. Bagaimanakah saya boleh mendapat manfaat daripada Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD)?

NCD adalah diskaun premium yang belum membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh Insurans Motor Persendirian anda (dengan syarat tempoh insurans telah melebihi satu tahun).

Sekiranya Penyewa (Guest) TREVO mengalami Kemalangan yang membolehkan tuntutan ke atas TREVO Shield, kelayakan NCD bagi Insurans Motor Persendirian yang terkumpul akan turun kepada sifar pada pembaharuan seterusnya dan NCD anda akan bermula sekali lagi. TREVO akan menuruti klausa NCD seperti yang termaktub dalam Polisi Insurans Motor anda. 

Pelepasan NCD

In consideration of the Shield 60, TREVO agrees to compensate you the NCD that you may forfeit due to a claim being made under TREVO Shield. The amount is one-off and is equal to your NCD entitlement as stipulated in your Private Motor Insurance Policy for the current Period of Insurance.

Sebagai pertimbangan bagi Shield 60, TREVO bersetuju atas pampasan kepada anda NCD yang dibatalkan disebabkan oleh tuntutan yang dibuat di bawah TREVO Shield. Jumlah tersebut adalah sekali sahaja (one-off) dan bersamaan dengan kelayakan NCD anda seperti yang termaktub dalam Polisi Insurans Motor Persendirian untuk Tempoh Insurans semasa.

Pelepasan NCD yang tersedia di bawah Shield 60 ditamatkan secara automatik apabila:

  1. Penginsurans membuat bayaran untuk tuntutan di bawah Pelepasan ini
  2. Anda menukar Pelan Shield 60 kepada Pelan lain
  3. Anda menarik kelayakan NCD daripada Insurans Motor Persendirian anda

 

Bagaimanakah Pelepasan NCD berfungsi:

Sebagai contoh, jika premium penuh polisi Insurans Motor Persendirian adalah RM1,000, anda telah mengumpul NCD sebanyak 55% pada tahun 2022. 

Premium sebenar yang dibayar pada tahun 2022  @ 55% NCD = RM450 

NCD = RM550

Katakan pada tahun yang sama, seorang Penyewa (Guest) TREVO mengalami kemalangan dengan kereta anda dan memfailkan tuntutan TREVO Shield. Kesan tuntutan tersebut adalah:

  1. TREVO akan memberi anda pampasan sekali sahaja (one-off) berjumlah RM550 disebabkan oleh Pelepasan NCD pada 2022
  2. Anda akan membayar RM1,000 untuk Pembaharuan Insurans Motor Persendirian 2023
  3. Pembatalan NCD Insurans Motor Persendirian anda (NCD=0%)

10. Apakah yang tidak dilindungi oleh TREVO Shield?

Perlindungan TREVO Shield tidak termasuk sebarang kecederaan atau kerosakan yang berlaku apabila anda memandu kereta tersenarai TREVO anda sendiri, kerana Polisi Insurans ini bertujuan untuk melindungi kereta anda apabila ia dipandu oleh Penyewa (Guest).

 

Apabila anda memandu kereta tersenarai TREVO anda sendiri, anda akan dilindungi oleh polisi insurans motor persendirian Allianz anda.

Glosari: Penjelasan TREVO Shield dari A hingga Z

% Kadar Perjalanan

Peratusan daripada yuran tempahan yang dibayar oleh Penyewa (Guest) kepada anda (Hos) sebagai pertukaran untuk penggunaan kereta tersenarai TREVO anda. Anda akan menerima peratusan daripada kadar perjalanan – selepas menolak kos pelan perlindungan anda (termasuk yuran platform TREVO) dan penolakan lain-lain oleh TREVO.

Caj Lebihan

Ini adalah jumlah yang anda perlu bayar kepada TREVO untuk setiap tuntutan yang diluluskan oleh Penginsurans TREVO, walaupun sesuatu insiden itu BUKAN salah anda. 

Lekukan / Kerosakan Luar

Pelan Shield 65 dan Shield 60 kami melindungi kerosakan luaran terhadap badan, cat, dan bampar kereta tersenarai TREVO anda. Ciri LEBIH Selamat ini digunapakai sekiranya berlaku perlanggaran oleh Penyewa (Guest) anda. Semua tuntutan lekukan/kerosakan adalah tertakluk kepada terma & syarat yang ditentukan oleh TREVO.

Pelepasan Lebihan Wajib 

Bagi setiap tuntutan Insurans terdapat sebahagian yang perlu ditanggung oleh anda sebagai bayaran pertama seperti yang dipersetujui dalam polisi Insurans anda – bayaran itu dikenali sebagai ‘lebihan’ (excess). TREVO Shield menawarkan pengecualian kepada Lebihan. 

Penundaan dan Bantuan Tepi Jalan

TREVO Shield menawarkan sehingga RM200 untuk kos penundaan kereta anda ke bengkel yang diluluskan Allianz.

Terdapat 3 TREVO Shield Plans tersedia untuk pesewa (Hos) kereta:

Pilih Pelan mengikut kesesuaian anda:

Pelan

Pendapatan

 (% of Kadar Perjalanan)

Caj Lebihan 

Pelepasan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) 

Lekukan/ Kerosakan Luaran

Liabiliti Pihak Ketiga 

Penundaan dan Bantuan Tepi Jalan

Pelepasan Lebihan

Shield 60 

60%

RM0

Shield 65

65%

RM400

— 

Shield 75 

75%

RM1,500

— 

Sudah bersedia untuk mendaftar TREVO Shield?

Hosting a TREVO Car

Senaraikan kereta anda di TREVO

TREVO Shield

Pilih pelan TREVO Shield anda

Tukarkan penginsurans kenderaan persendirian anda kepada Allianz melalui TREVO Guard***

 

*** TREVO akan menghubungi anda

Perlukan butiran lanjut mengenai TREVO dan TREVO Shield? Sila lihat Syarat Perkhidmatan kami di sini

Ingin bercakap dengan wakil kami?

Anda bolehlah menghantar emel kepada kami di supply@trevo.my atau klik di sini untuk jadualkan janji temu.

Recommended Articles