Privacy notice

 


NOTIS PRIVASI -

Dikemaskini pada Mac 2023

 

Kami, SOCAR Mobility Malaysia Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran 201701009617 (1223782-T)), dan/atau mana-mana anak syarikat, syarikat berkaitan, syarikat bersekutu, syarikat gabungan, entiti dikawal bersama, pemegang saham dan mana-mana entiti lain dalam kumpulan kami (selepas ini dirujuk sebagai “Kumpulan Syarikat SOCAR”, “kami”, dan ungkapan lain yang serupa), mengutamakan dan menghormati hak privasi semua pengguna laman web (“Laman Web”) dan aplikasi mudah alih (“Aplikasi”) Kumpulan Syarikat SOCAR merentasi segala aspek perniagaan kami dan kami berusaha untuk melindungi Data Peribadi anda (seperti yang ditakrifkan di bawah ini) dalam pematuhan kami terhadap  undang-undang Malaysia.

 

Kami hanya akan mengumpul dan menggunakan Data Peribadi anda (seperti yang ditakrifkan di bawah ini) menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (dan mana-mana undang-undang lain yang mungkin akan digubal di Malaysia berkaitan dengan tadbir urus data peribadi pengguna dari semasa ke semasa) dan notis privasi ini (selepas ini dirujuk sebagai "Notis Privasi") dan apa-apa terma lain dalam mana-mana perjanjian yang anda mungkin akan buat bersama kami atau telahpun buat bersama kami.

 

Untuk tujuan Notis Privasi ini, istilah "Data Peribadi" merujuk kepada sebarang maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan seseorang individu, yang mana individu tersebut mungkin boleh dikenal pasti, dan ini termasuk data peribadi yang sensitif dan luahan pendapat tentang mana-mana individu. Data Peribadi sensitif mungkin akan termasuk maklumat seperti kesihatan fizikal atau mental atau keadaan perubatan, pegangan politik, agama atau kepercayaan lain yang serupa, melakukan atau dakwaan melakukan sebarang kesalahan.

 

Dengan memberi Data Peribadi anda kepada kami, anda bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, pengendalian, pengekalan dan pendedahan Data Peribadi anda oleh kami menurut Notis Privasi ini.


 

Pengumpulan Data Peribadi anda

Kami mungkin akan mengumpul Data Peribadi anda secara langsung daripada anda termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut apabila anda:

1. mendaftar akaun di Laman Web dan/atau Aplikasi kami;

2. menghubungi kami untuk maklumat berkaitan dengan Laman Web dan/atau Aplikasi kami;

3. berkomunikasi dengan kami melalui mana-mana media komunikasi;

4. berinteraksi dengan Laman Web dan/atau Aplikasi kami; dan/atau

5. mengambil bahagian dalam mana-mana inisiatif digital atau fizikal kami.

 

Kami juga mungkin akan mengumpul Data Peribadi anda secara tidak langsung daripada anda apabila kami memperoleh maklumat anda daripada pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat daripada referi, rekod awam atau agensi pemeriksaan latar belakang yang mungkin akan terlibat untuk memberikan kami Data Peribadi anda, termasuk maklumat berkaitan dengan rekod jenayah lampau, jika ada. Sekiranya anda tidak memberi kami  semua Data Peribadi yang diminta oleh kami, anda bersetuju dan mengakui bahawa kami mungkin tidak dapat memberikan anda perkhidmatan kami melalui Laman Web dan/atau Aplikasi kami atau meneruskan pemberian perkhidmatan kami kepada anda melalui Laman Web dan/atau Aplikasi kami. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, dengan memberikan Data Peribadi anda dalam mana-mana Laman Web dan/atau Aplikasi kami, anda dengan ini bersetuju untuk mendaftarkan akaun anda pada semua Laman Web dan/atau Aplikasi kami.

 

Setakat mana dan jenis Data Peribadi yang kami kumpulkan daripada anda atau mana-mana pihak ketiga bergantung pada perkhidmatan kami yang anda langgani dan/atau tujuan pengumpulan Data Peribadi. Sesetengah Data Peribadi yang kami kumpulkan mungkin akan bersifat sensitif. Data Peribadi yang dikumpulkan oleh kami mungkin akan termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:-

1. Maklumat peribadi seperti nama, pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan (iaitu nombor pasport dan nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Negara), kewarganegaraan, alamat, tarikh lahir, umur, jantina, bangsa, gambar, nombor pendaftaran kenderaan bermotor, maklumat lokasi, laporan pemeriksaan latar belakang, maklumat lesen memandu dan maklumat insurans motor persendirian anda;

2. Maklumat perhubungan seperti alamat kediaman, alamat surat menyurat, nombor telefon/faksimili dan alamat e-mel anda;

3. Pilihan dan minat peribadi, seperti pilihan tempat letak kereta anda dan pilihan gaya hidup anda;

4. Butiran transaksi dan kewangan seperti jenis perkhidmatan yang digunakan dan/atau diminta oleh anda di Laman Web dan/atau Aplikasi kami, butiran kad kredit/debit (termasuklah nombor kad, nama pemegang kad, kod CVV dan tarikh tamat tempoh) dan butiran akaun bank anda;

5. Maklumat peranti seperti maklumat alat peranti, nombor IMEI, UUID (pengecam unik), model peranti dan jenis perisian, jenis Aplikasi, kod mobil negara dan kod rangkaian, jenis sistem pengendalian peranti, nombor telefon dan tetapan peranti anda dalam mengakses Laman Web dan/atau Aplikasi dan/atau kami;

6. Maklumat e-dompet seperti baki, tambah nilai dan maklumat transaksi serta had transaksi anda;

7. Maklumat log seperti geolokasi, penyemak imbas, alamat IP, masa dan tempoh penggunaan Laman Web dan/atau Aplikasi kami, diagnostik, teknikal, ralat dan maklumat penggunaan, paparan halaman, sejarah kemaskini profil dan perubahan kata laluan anda;

8. Maklum balas dan pendapat mengenai Laman Web dan/atau Aplikasi kami seperti komen, ulasan dan penilaian anda terhadap perkhidmatan yang ditawarkan melalui Laman Web dan/atau Aplikasi kami sama ada diberikan secara langsung kepada kami atau diterbitkan dalam mana-mana platform awam yang lain;

9. Sebarang Data Peribadi yang tidak dinyatakan di sini yang anda beri kepada kami atau yang dikumpulkan oleh kami  sewaktu anda berurusan dengan kami dan/atau apabila kami memerlukan anda untuk memberikan Data Peribadi lain bergantung kepada jenis perniagaan kami dan keadaannya, sifat transaksi dan sebagainya; dan

10. Di mana anda adalah sebuah syarikat, kami mungkin akan mengumpul Data Peribadi pekerja anda. Untuk mengelakkan keraguan, anda hendaklah mendapatkan persetujuan pekerja anda sebelum memberikan kami Data Peribadi pekerja anda.

 

Penggunaan Data Peribadi Dikumpul

Kami mungkin akan menggunakan Data Peribadi yang dikumpul untuk tujuan berikut:

1. untuk menganalisis dan mengenal pasti pengguna Laman Web dan/atau Aplikasi kami, bakal pengguna kami dan wakil-wakil sah mereka;

2. untuk menyediakan perkhidmatan kami melalui Laman Web dan/atau Aplikasi kami;

3. untuk menawarkan atau menyediakan sebarang perkhidmatan yang berkaitan di Laman Web dan/atau Aplikasi kami, termasuk perkhidmatan tambahan atau perkhidmatan perniagaan/rakan kongsi strategik kami yang mungkin akan bekerjasama dengan kami (seperti untuk  menawarkan atau menyediakan perkhidmatan insurans motor). Sekiranya  anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan perniagaan/rakan kongsi strategik kami, kami mungkin akan mengongsi Data Peribadi anda dengan mereka dan mereka mungkin akan menghubungi anda sekiranya dikehendaki untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang anda bagi memudahkan dan memenuhi peruntukan perkhidmatan mereka;

4. untuk mengurus dan menyelenggara akaun anda di Laman Web dan/atau Aplikasi kami;

5. untuk tujuan pentadbiran termasuk tetapi tidak terhad kepada memproses, mengesahkan, memenuhi dan melengkapkan transaksi dan permintaan anda yang dibuat pada Laman Web dan/atau Aplikasi kami atau mana-mana perkhidmatan yang berkaitan dengan Laman Web dan/atau Aplikasi kami;

6. untuk membangunkan dan/atau melaksanakan inisiatif termasuk tetapi tidak terhad kepada menjalankan penyelidikan, penanda aras, analisis statistik, analisis produk, aktiviti pemprofilan pelanggan, analisis corak, tingkah laku dan pilihan pelanggan, tinjauan dan temu bual pelanggan  untuk membantu menambah baik Laman Web dan/atau Aplikasi kami, untuk membantu kami memahami keperluan dan minat anda dengan lebih baik serta menerbitkan komen, ulasan dan penilaian anda di Laman Web dan/atau Aplikasi kami untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran;

7. untuk mendapatkan pendapat atau komen anda tentang Laman Web dan/atau Aplikasi kami;

8. untuk memaklumkan anda tentang sebarang promosi, tawaran dan/atau faedah lain (termasuk faedah pihak ketiga) yang mungkin akan ditawarkan, atau untuk menghantar makluman, kemas kini, surat berita, pemasaran dan/atau bahan promosi kepada anda, termasuk daripada pihak ketiga (seperti anak syarikat kami, syarikat berkaitan, syarikat sekutu, entiti dikawal bersama, pemegang saham dan mana-mana entiti lain dalam kumpulan, rakan kongsi perniagaan/strategik kami), sama ada secara lisan atau bertulis melalui mana-mana saluran komunikasi yang dianggap sesuai oleh Syarikat, yang mungkin akan menarik minat anda;

9. untuk menjalankan diagnostik dalaman dan penilaian berkaitan bagi tujuan menyediakan kemaskini perisian, perkhidmatan penyelenggaraan, sokongan teknikal dan kemaskini penting lain, perkhidmatan dan sokongan yang berkaitan dengan Laman Web dan/atau Aplikasi kami;

10. untuk menjalankan penyimpanan rekod dalaman dan mengemas kini mana-mana pangkalan data maklumat, perkara-perkara berkaitan perkhidmatan pelanggan dan untuk tujuan pentadbiran lain;

11. untuk menjalankan penyelidikan pengguna dan pasaran dengan menganalisis penggunaan anda terhadap Laman Web dan/atau Aplikasi kami untuk menambah baik penyediaan tawaran baharu dan memperibadikan tawaran kami kepada anda;

12. untuk memberikan anda sokongan perkhidmatan, pengoptimuman pengurusan, sokongan pelanggan dan sebarang perkhidmatan lain yang berkaitan dengan Laman Web dan/atau Aplikasi kami, termasuk menjawab atau membuat susulan pertanyaan, kebimbangan, isu atau aduan anda;

13. untuk mengesahkan identiti anda, untuk menjalankan kaedah penilaian dan semakan latar belakang (termasuk semakan rekod kewangan dan jenayah), atau untuk menjalankan sebarang aktiviti pemantauan atau saringan lain atau prosedur pengurusan risiko yang mungkin diperlukan oleh undang-undang atau yang mungkin telah dilaksanakan oleh kami;

14. untuk menjalankan penilaian kredit ke atas anda termasuk semakan Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS);

15. untuk mengesan lokasi kenderaan bagi tujuan keselamatan dan sekuriti;

16. untuk mentadbir peraduan, penebusan, kempen atau sebarang promosi serupa yang anda sertai, termasuk untuk memberikan anda ganjaran dan/atau hadiah (monetari atau bukan monetari);

17. untuk mematuhi kewajipan undang-undang kami termasuk membalas permintaan daripada mana-mana badan dan pihak berkuasa kerajaan, pengawalseliaan atau penguatkuasaan undang-undang;

18. untuk tujuan mana-mana penggabungan, pengambilalihan, urus niaga pembiayaan, pemindahan, penyerahan hak atau usaha sama;

19. untuk mana-mana tujuan lain yang berkaitan dengan hubungan anda, permintaan anda dan transaksi anda dengan kami; dan

20. untuk mana-mana tujuan yang diperlukan atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan, garis panduan dan/atau pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan.

 

Pemprosesan Data Peribadi

Di mana kami bergantung pada persetujuan anda untuk memproses Data Peribadi, anda boleh pada bila-bila masa menarik balik persetujuan terdahulu yang anda telah beri untuk pemprosesan ini dengan menghubungi kami melalui e-mel sepertimana yang dinyatakan di bawah tajuk "Hubungi Kami". Walaubagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa, dengan menarik balik kebenaran anda, ia tidak akan menjejaskan kesahihan pemprosesan yang dilakukan berdasarkan persetujuan sebelumnya yang telah anda beri sebelum anda menarik balik persetujuan tersebut.

 

Mungkin akan terdapat situasi di mana kami memproses Data Peribadi anda berdasarkan alasan lain yang sah (selain daripada memperoleh persetujuan anda) menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Kami tidak meminta persetujuan anda dalam situasi-situasi ini kerana kami ingin memberikan anda perkhidmatan yang ditawarkan dalam Laman Web dan/atau Aplikasi kami dengan cara yang paling efisien (atau di mana dalam beberapa kes, kami tidak boleh mendapatkan persetujuan anda kerana kami perlu memproses Data Peribadi anda, contohnya, untuk pengesanan penipuan).

 

Rujukan kepada persetujuan yang diberikan, atau dianggap telah diberikan, oleh individu untuk pengumpulan, penggunaan atau pendedahan data peribadi tentang individu tersebut, termasuk persetujuan yang diberikan, atau dianggap telah diberikan, oleh mana-mana orang yang bertindak secara sah bagi individu tersebut untuk pengumpulan, penggunaan atau pendedahan data peribadi tersebut.

 

Perkongsian dan Pendedahan Data Peribadi yang Dikumpul

Kami akan menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi anda untuk tujuan sedemikian Data Peribadi dikumpul, seperti yang dinyatakan di atas dan untuk mana-mana tujuan sampingan yang lain. Kami mungkin akan mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga (di dalam atau di luar Malaysia) , yang kami percaya secara munasabah akan memerlukan akses kepada maklumat anda untuk memberi anda bantuan, maklumat atau sebarang perkhidmatan yang mungkin anda perlukan daripada kami. Pihak ketiga tersebut termasuk:-

1. entiti-entiti dalam Kumpulan Syarikat SOCAR;

2. kontraktor, sub-kontraktor, rakan kongsi perniagaan / strategik kami (cth. syarikat insurans atau mana-mana pihak ketiga lain yang mungkin bekerjasama dengan kami), tuan tanah, penyedia perkhidmatan, penasihat profesional atau penyedia perkhidmatan lain yang menyediakan apa-apa jenis produk atau perkhidmatan kepada kami atau kepada mana-mana entiti dalam Kumpulan Syarikat SOCAR;

3. pembekal perkhidmatan kewangan seperti bank, pengeluar kad kredit, penyedia perkhidmatan gerbang pembayaran atau pembayaran;

4. penyedia enjin carian dan analitik yang membantu kami dalam pengoptimuman atau penambahbaikan Laman Web dan/atau Aplikasi kami;

5. pengiklanan dan rangkaian pengiklanan yang mungkin memerlukan maklumat untuk memilih dan menyampaikan iklan yang relevan kepada anda;

6. mana-mana entiti yang membantu penyiasatan penipuan atau proses penipuan;

7. di mana kami atau mana-mana Kumpulan Syarikat SOCAR terlibat dalam sebarang prosedur korporat, contohnya, sebarang cadangan atau penggabungan dan/atau pengambilalihan sebenar, usaha sama, pelaburan atau pembiayaan, penjualan aset atau untuk mana-mana perkara lain yang berkaitan kepada kami, pihak tersebut termasuk mana-mana pihak ketiga seperti rakan niaga, penasihat profesional mereka setakat mana maklumat tersebut diperlukan secara munasabah;

8. mana-mana pihak yang memerlukan maklumat sedemikian bagi prosiding undang-undang;

9. mana-mana badan dan pihak berkuasa kerajaan, kawal selia atau penguatkuasa undang-undang; dan

10. mana-mana pihak ketiga lain yang kami akan maklumkan kepada anda semasa pengumpulan Data Peribadi dan tertakluk kepada persetujuan yang anda beri sebelum pendedahan tersebut dibuat dan pendedahan tersebut hanya akan diberikan setakat yang dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan).

 

Penyimpanan Data Peribadi anda

Sebagai sebahagian daripada perkhidmatan yang disediakan melalui Laman Web dan/atau Aplikasi kami, kami mungkin akan memproses, menyimpan dan/atau memindahkan dan menyimpan Data Peribadi anda ke negara di luar Malaysia. Apabila kami memproses, menyimpan dan/atau memindahkan Data Peribadi anda ke luar Malaysia, kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan langkah keselamatan yang sewajarnya diambil untuk memastikan hak privasi anda akan terus dilindungi seperti yang diperuntukkan dalam Notis Privasi ini.

 

Dengan usaha kami untuk melindungi Data Peribadi anda, kami mengehadkan pekerja yang boleh mempunyai akses kepada Data Peribadi anda dan takat Data Peribadi anda yang mungkin boleh diakses oleh mereka. Ini terhad kepada pekerja yang memerlukan Data Peribadi anda untuk menjalankan tanggungjawab harian mereka. Kakitangan kami pada setiap masa diwajibkan untuk mengutamakan kerahsiaan Data Peribadi anda yang ada pada pihak kami.

 

Kami juga akan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan Data Peribadi anda selamat dan melindunginya daripada kehilangan, penyalahgunaan atau pengubahan Data Peribadi yang tidak dibenarkan. Dalam hal ini, kami akan menerima pakai langkah keselamatan teknikal dan organisasi untuk membantu melindungi daripada kehilangan, penyalahgunaan atau pengubahan tanpa kebenaran Data Peribadi anda. Walaupun kami tidak dapat menjamin bahawa kehilangan, penyalahgunaan atau pengubahan tanpa kebenaran pada Data Peribadi tidak akan berlaku, kami memastikan sistem kami mematuhi piawaian keselamatan pasaran yang munasabah untuk membantu melindungi daripada kejadian sedemikian.

 

Akses kepada Pembetulan atau Pemadaman Data Peribadi anda

Anda dialu-alukan untuk meminta akses kepada, membetulkan atau mengemas kini Data Peribadi anda yang ada pada kami. Jika anda ingin berbuat demikian, anda boleh, pada bila-bila masa, log masuk ke akaun anda dengan kami dan melihat Data Peribadi anda dalam simpanan kami.

 

Sekiranya Data Peribadi anda tidak disediakan kepada anda melalui akaun anda di Laman Web dan/atau Aplikasi kami atau anda tidak dapat mengakses Data Peribadi anda, sila hantar permintaan kepada kami melalui borang ini. Sila ambil perhatian bahawa kami berhak untuk mengenakan fi yang berpatutan seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Perlindungan Data Peribadi (Fi) 2013 untuk sebarang permintaan akses Data Peribadi. Kami selanjutnya berhak untuk menolak akses, pembetulan atau kemas kini anda kepada Data Peribadi anda dalam keadaan tertentu, menurut undang-undang yang berkenaan. Di mana kami memutuskan untuk menolak permintaan anda, kami hendaklah memaklumkan perkara yang sama kepada anda secara bertulis serta memberi alasan kami untuk penolakan (melainkan ia tidak dibenarkan atau dilarang atas sebab undang-undang).


 

Jika anda tidak lagi memilih untuk menggunakan Laman Web dan/atau Aplikasi kami dan ingin memadamkan akaun anda/menarik balik persetujuan anda untuk kami memproses Data Peribadi anda, sila pergi ke Aplikasi > Akaun > Lihat dan Edit Profil > Ketik pada “Padam Akaun”. Sila ambil perhatian bahawa dengan memilih untuk memadamkan akaun anda pada mana-mana Laman Web dan/atau Aplikasi kami, anda akan memadamkan semua akaun anda merentasi semua Laman Web dan/atau Aplikasi kami.

 

Kuki (“Cookies”)

Kuki ialah fail data kecil yang mengandungi maklumat yang dihantar daripada pelayan web ke peranti anda apabila anda melawati pelayan. Penggunaan kuki dan teknologi serupa adalah seragam merentas semua pelayan web untuk mengenali aktiviti dalam talian anda dan memperibadikan pengalaman anda dalam penggunaan Laman Web dan/atau Aplikasi kami.

 

Jika anda memilih untuk tidak menerima kuki melalui Laman Web dan/atau Aplikasi kami, anda boleh menetapkan peranti anda untuk memberi amaran kepada anda sebelum menerima kuki dan menolak kuki apabila peranti anda memaklumkan anda mengenainya. Anda juga boleh menolak semua kuki dengan mematikannya pada peranti anda. Jika anda terus melayari Laman Web dan/atau Aplikasi kami tanpa mengubah tetapan pada peranti anda untuk mengawal kuki, anda bersetuju untuk menerima kuki apabila anda menggunakan Laman Web dan/atau Aplikasi kami.

 

Laman Web Luar dan Pihak Ketiga

Laman Web dan/atau Aplikasi kami mungkin, dari semasa ke semasa, mengandungi pautan ke dan dari laman web atau mana-mana saluran media sosial rangkaian rakan kongsi kami, pengiklanan, pembekal perkhidmatan, rakan kongsi perniagaan, ahli gabungan dan mana-mana pihak ketiga yang lain.

 

Apabila anda diubah hala atau telah mengikuti pautan ke mana-mana laman web atau saluran media sosial ini, sila ambil perhatian bahawa kami tidak mengendalikan, mengawal atau menyokong, dalam apa jua aspek, kandungan laman web dan saluran media sosial ini. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk penggunaan laman web atau saluran media sosial ini dan anda dinasihatkan untuk meneliti terma dan syarat serta notis privasi laman web atau saluran media sosial tersebut.

 

Perubahan pada Notis Privasi Kami

Kami boleh mengemas kini atau menukar Notis Privasi ini pada bila-bila masa. Apabila kami berbuat demikian, kami akan menerbitkan Notis Privasi yang dikemas kini di Laman Web dan/atau Aplikasi kami yang akan menggantikan versi Notis Privasi sebelumnya secara automatik. Penggunaan berterusan anda ke atas Laman Web dan/atau Aplikasi kami atau komunikasi atau penglibatan berterusan anda dengan kami berikutan penerbitan Notis Privasi yang dikemas kini, sama ada disemak atau tidak oleh anda, akan membentuk persetujuan anda untuk terikat dengan Notis Privasi terkini yang tersedia pada kami di Laman web dan/atau Aplikasi.

 

Percanggahan

Notis Privasi ini disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia Notis Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.

 

Hubungi Kami

Jika anda memerlukan sebarang penjelasan mengenai Notis Privasi ini atau sebarang maklumat lanjut berkaitan Data Peribadi anda (selain daripada pemadaman akaun anda di Laman Web dan/atau Aplikasi kami), sila hubungi kami di privacy@socar.my.