Balik Kampung Untuk Hari Raya Dengan Kereta Sewa TREVO

kampung photo with green grass and trees

Balik kampung! Oh oh oh balik kampung! Tahun 2022 akan menjadi tahun pertama rakyat Malaysia dapat pulang meraikan Hari Raya Aidilfitri. Selepas dua tahun bergelut dengan Pandemik Covid-19, ini adalah satu kemenangan yang besar buat mereka yang menanti-nantikan untuk pulang beraya di kampung. 


Sekiranya anda masih memikirkan jenis pengangkutan yang akan digunakan untuk balik beraya nanti, ayuh kita balik kampung untuk menyambut Hari Raya dengan kereta sewa TREVO!

sewa-kereta-trevo-untuk-balik-kampung-menyambut-hari-raya

Apa yang pasti adalah anda memerlukan pengangkutan peribadi yang selesa, terutama sekali bagi mereka yang akan banyak memandu di jalan raya. 

1. Tidak perlu servis kereta

Jika anda menggunakan kereta sewa TREVO,  anda tidak perlu melakukan penyelenggaraan tambahan yang anda sering lakukan untuk kereta peribadi anda setiap kali balik kampung. Secara kasar, kos servis asas kereta Perodua Myvi adalah sekurang-kurangnya RM200 hingga RM300. Berapa pula jika anda perlu menukar timing belt atau brake pad? 

2. Tidak tambah mileage kereta

Jarak perbatuan kereta adalah salah satu faktor yang mempengaruhi nilai harga sesebuah kereta. Kebiasaannya, kereta yang lebih tinggi mileage, harganya akan lebih murah berbanding kereta yang kurang mileage. Begitulah juga sebaliknya. Tak hairanlah mengapa sesetengah pemilik kereta mementingkan perbatuan kereta mereka.

 

Selain itu, traffik akan lebih sesak semasa musim perayaan. Sekejap tekan minyak, sekejap tekan break; mileage kereta anda pasti akan lebih bertambah. Dengan kereta sewa TREVO, anda tidak perlu risau tentang perkara ini.

3. Lebih senang untuk bergerak

Sekiranya anda tidak memiliki kereta dan bercadang untuk menaiki kapal terbang atau bas, anda masih perlu memikirkan pengangkutan anda semasa di kampung. Sudah tentu anda akan banyak berhenti. Dengan kereta sewa TREVO, anda akan lebih mudah dan bebas untuk bergerak.

 

Juga, sesetengah pekan di kampung tidak mempunyai perkhidmatan e-hailing. Jika ada pun, anda perlu membayar lebih untuk satu kali perjalanan menaiki e-Hailing berbanding menyewa bersama TREVO. Sebagai contoh, anda boleh menyewa kereta Volkswagen Polo 1.6 serendah RM100 sehari dan berpusing di bandar Georgetown. Kadar kereta Polo ini termasuk diskaun kadar penggunaan harian kereta jika anda membuat tempahan awal.

4. Pelan TREVO Shield

Semua kereta sewa TREVO dilindungi Pelan TREVO Shield. Jika ada apa-apa yang terjadi kepada kereta sewa, pelan insurans TREVO Shield akan melindungi kereta anda terhadap kerosakan kemalangan, kebakaran dan kecurian.

 

Selain itu, kesemua penyedia kereta sewa TREVO perlu mematuhi garis panduan yang ketat dalam memastikan kereta yang dipinjam sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan selamat untuk dipandu.

Jenis-jenis Kereta Sewa TREVO

Sama ada kecil, besar atau besar gila, kami ada kereta yang sesuai untuk anda. TREVO menyediakan pelbagai jenis kereta sewa daripada empat hingga enam tempat duduk, seperti Perodua Bezza dan Toyota Vellfire. Senarai kereta sewa kami meliputi kereta jenis kompak, sedan dan SUV.

Kereta Kompak

Jika anda berpasangan, boleh cuba kereta kompak seperti Perodua Myvi. Tidak kecil, tidak besar, cukup selesa untuk anda dan pasangan. Jangan lupa untuk muat turun dan gunakan aplikasi TREVO untuk melihat jenis kereta kompak yang kami ada.

Kereta Sedan

Jika anda inginkan lebih keselesaan atau pemanduan yang lebih lancar, tambah kredit sedikit dan dapatkan kereta sedan. Kami menyediakan kereta Sedan tempatan dan juga luar negara. Semuanya sesuai untuk perjalanan jarak jauh anda.

SUV dan 4X4

Tidak semua ahli keluarga boleh muat dalam satu kereta, sebab itulah senarai kereta SUV dan 4X4 kami tidak kurang hebatnya. Bagi yang ingin balik kampung bersama seluruh keluarga atau rakan-rakan, anda boleh lihat kategori kereta SUV dan 4X4 kami.

 

Koleksi SUV kami mempunyai ruang yang cukup selesa untuk seluruh keluarga anda termasuklah beg dan pakaian anda. Perjalanan jauh anda akan terasa dekat.

Malaysia Car in Street

Harga Kereta Sewa TREVO

Secara kasarnya, harga kereta TREVO bermula serendah RM90 sehari untuk sebuah kereta kompak. Sebagai contoh, sebuah kereta sewa Perodua Myvi G 2020 hanya berjumlah RM100 sehari. Juga, diskaun 25% jika anda menempah tujuh hari lebih awal atau diskaun 30% jika anda menempah 30 lebih hari awal.

 

Selepas membuat pilihan, anda boleh menggunakan perbankan dalam talian melalui kad kredit dan debit kad sebagai kaedah pembayaran.

harga-kereta-sewa-trevo-untuk-balik-kampung-menyambut-hari-raya

Bagaimana Sewa Kereta TREVO?

Buat masa ini, kami hanya menyenaraikan kereta sewa TREVO di lima buah negeri iaitu: Pulau Pinang, Ipoh, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Sila lihat lokasi penghantaran TREVO. Jangan lupa untuk lihat lokasi kereta sewa di aplikasi TREVO.

 

Sekiranya anda memandu balik kampung bersama TREVO untuk Hari Raya ini, kami harap anda merasai pengalaman balik kampung yang menyeronokkan.

 

Walau apa pun sekali, berhati-hatilah semasa memandu di jalan raya semasa musim perayaan ini. Patuhilah peraturan yang ditetapkan dan selamat balik kampung dari TREVO!

Recommended Articles